Panduan Reset Kata Laluan

Adakah anda terlupa kata laluan dan tidak dapat log masuk ke akaun anda? Jangan risau, proses reset kata laluan adalah mudah dan selamat. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menetapkan semula kata laluan anda:


1. Pergi ke Halaman Log Masuk

Buka halaman login, kemudian klik pada pautan “Forgot Password?”.


2. Masukkan Alamat Emel Anda

Isikan alamat emel yang anda gunakan semasa mendaftar akaun. Pastikan emel yang dimasukkan adalah betul dan aktif.


3. Semak Emel Anda

Sistem akan menghantar pautan untuk reset kata laluan ke peti masuk emel anda. Jika tiada dalam peti masuk, sila periksa folder Spam atau Promotions.


4. Klik Pautan Reset

Klik pada pautan yang diberikan di dalam emel. Anda akan dibawa ke halaman khas untuk menetapkan kata laluan baharu.


5. Tetapkan Kata Laluan Baharu

Masukkan kata laluan baharu yang selamat. Pastikan ia sukar diteka tetapi mudah diingati oleh anda. Gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol untuk keselamatan yang lebih tinggi.

Berikut adalah keperluan wajib untuk sesebuah kata laluan di platform ini:

  • Sekurang-kurangnya 12 karakter
  • Kombinasi huruf kecil dan besar
  • Sekurang-kurangnya satu simbol
  • Sekurang-kurangnya satu nombor
  • Elakkan perkataan lazim atau urutan huruf/nombor

6. Selesai!

Sekarang anda boleh log masuk semula dengan kata laluan baharu anda.

Untuk panduan yang lebih jelas, sila ikuti langkah di dalam video tutorial yang disediakan.