Mikropengawal Arduino – Asas Elektronik & Pengaturcaraan Blok
About Course
Mula membina projek inovasi berasaskan mikropengawal, elektronik, dan robotik hari ini!
Arduino adalah sebuah mikropengawal yang boleh digunakan untuk membina prototaip inovasi berasaskan elektronik dan pengaturcaraan komputer.
Di dalam kursus ini, pelajar akan belajar cara membina projek elektronik & robotik menggunakan Arduino dan Pictoblox. Ianya amat sesuai untuk mereka yang ingin mula belajar mengenai mikropengawal Arduino, asas elektronik, & pengaturcaraan (programming).
Pictoblox merupakan sebuah perisian yang membolehkan pengguna membina pengaturcaraan untuk papan litar Arduino menggunakan bahasa pengaturcaraan berasaskan blok.
Dengan menguasai kemahiran Arduino, anda akan dapat:
✅ Membina projek elektronik & programming
✅ Membina projek robotik
✅ Membina projek Internet of Things
✅ Memahami pengaturcaraan komputer
✅ Merealisasikan sesebuah idea inovasi
Disamping itu, konsep-konsep asas berkaitan pengaturcaraan juga akan ditekankan bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan asas yang kukuh untuk memulakan perjalanan mereka di dalam pembangunan projek Arduino & pengaturcaraan komputer.
Perkenalkan instruktor untuk kursus ini:
En. Mohd Qhairul merupakan seorang jurutera & pembangun perisian yang berpengalaman di dalam bidang robotik, sistem terbenam, elektronik, aplikasi web, & internet of things. Beliau juga merupakan pengasas kepada platform Denakan Technologies, Digilearn Academy & Digilearn e-Kursus.
Pengalaman Professional Sebagai Jurutera Sistem Terbenam:
Soalan Lazim:
- Apakah kelengkapan yang diperlukan?
Untuk mengikuti kursus ini, anda perlu menggunakan laptop beserta sambungan internet dan juga set kit Arduino. - Adakah kit Arduino disertakan sekali di dalam pembelian kursus ini?
Tidak disertakan. Kit Arduino dijual berasingan dan anda boleh mendapatkan kit rasmi kursus ini ataupun kit daripada platform lain yang anda rasakan sesuai. - Di manakah saya boleh dapatkan kit Arduino?
Kit rasmi untuk kursus ini boleh didapatkan melalui halaman produk kami klik di sini. Namun anda juga boleh mendapatkan kit Arduino daripada mana-mana platform lain yang anda rasakan sesuai. - Bila & di mana kursus ini dijalankan?
Kursus ini merupakan kursus yang dirakam dan disampaikan melalui video. Setelah membuat pembayaran, anda boleh terus mengakses kandungan video kursus melalui platform Digilearn e-Kursus. - Perlukah saya mendaftar akaun di platform ini?
Perlu. Jika anda sudah pernah mendaftar akaun di platform ini, sila log masuk terlebih dahulu.
Course Content
Pengenalan
-
Pengenalan Kepada Kursus ini
02:22