Pernah tak anda terfikir nak buat sebuah apps untuk inovasi ataupun idea kreatif untuk menyelesaikan masalah tapi tidak tahu bagaimana nak mula?
Tanpa memerlukan pengalaman dalam pengaturcaraan, kursus ini menerangkan langkah demi langkah untuk anda mencipta aplikasi Android menggunakan block programming yang mudah dipelajari & sesuai untuk pemula.
“Dalam tempoh 30 minit pertama, anda sudah boleh siapkan aplikasi pertama anda”
Yang bestnya, aplikasi anda juga boleh dijual di platform Google Play Store ataupun diintegrasi dengan Adsense untuk menjana pendapatan apabila iklan dipaparkan di dalam aplikasi tersebut.
✅ Aplikasi permainan 2D
✅ Aplikasi harian seperti ramalan cuaca
✅ Aplikasi sebagai alat bantu mengajar
✅ Aplikasi untuk projek inovasi seperti IoT



Belajar & memahami konsep-konsep asas pengaturcaraan komputer melalui block editor interface
Perspektif untuk mengubah masalah kepada penyelesaian melalui pengaturcaraan komputer
Membuat rekabentuk antaramuka (user interface) secara kreatif untuk menjadikan aplikasi lebih menarik
Selain aplikasi untuk kegunaan harian, kursus ini juga mengajar anda cara membuat mobile game
Membina aplikasi yang informatif dengan mendapatkan data melalui API luaran seperti ramalan cuaca & waktu solat
Belajar cara mengedarkan aplikasi melalui saluran tertentu & membolehkan orang lain memuat turun aplikasi anda

Kursus ini merupakan kursus yang dirakam dan disampaikan melalui media video yang boleh ditonton secara esklusif melalui platform Digilearn e-Kursus.

Melalui tampilan dashboard Digilearn e-Kursus, para pelajar boleh berinteraksi dengan instruktor untuk bertanya soalan & mendapatkan kemas kini konten terbaharu.

Konten video pembelajaran di dalam kursus ini boleh diakses sepanjang hayat setelah pendaftaran dilakukan. Tertakluk terma & syarat.
Pelajar akan diperkenalkan kepada tampilan-tampilan utama seperti designer & block editor. Tetapan peranti juga akan diterangkan bagi membolehkan proses tutorial seterusnya berjalan lancar.
Belajar membina rekabentuk antaramuka asas menggunakan komponen button, text, dan media seperti gambar & bunyi. Menggunakan komponen-komponen ini, pelajar akan membina aplikasi interaktif seperti kamus digital bergambar & banyak lagi.
Belajar menukarkan kaedah matematik ke dalam bentuk pengaturcaraan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh membina mekanisma pengiraan markah untuk aplikasi game, membina aplikasi kalkulator, aplikasi kuiz matematik dan lain-lain.
Membuat pengaturcaraan untuk mendapatkan bacaan sensor seperti accelerometer. Seterusnya menggunakan bacaan ini untuk mengawal aplikasi sebagai contoh menggerakkan karakter di dalam permainan.
Praktikal asas cara menggunakan database untuk menyimpan sesuatu nilai seperti rekod high score pemain

Seorang jurutera & pembangun perisian yang berpengalaman di dalam bidang robotik, sistem terbenam, elektronik, aplikasi web, & internet of things. Beliau juga merupakan pengasas kepada platform Denakan Technologies, Digilearn Academy & Digilearn e-Kursus.









Untuk mengikuti kursus ini, anda perlu menggunakan laptop beserta sambungan internet dan juga sebuah Android smartphone.
Kursus ini merupakan kursus yang dirakam dan disampaikan melalui video. Setelah membuat pembayaran, anda boleh terus mengakses kandungan video kursus melalui platform Digilearn e-Kursus.
Dengan membuat pembelian/pendaftaran melalui halaman ini, akaun baharu untuk anda akan dihasilkan secara automatik.
klik "show order summary" untuk memasukkan kod kupon
| Product | Subtotal |
|---|---|
| Membina Aplikasi Android untuk Pemula × 1 | RM86.00 |
| Subtotal | RM86.00 |
| Total | RM86.00 |
Copyright © 2025. Digilearn e-Kursus